Monday, November 9, 2009

PROMOSI BATIK DAN TENUN 2009

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri dan Sarawak Craft Council telah mengadakan Promosi Batik Dan Tenun 2009 di Pusat Kraftangan Miri pada 5 - 9 November 2009 dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Ini adalah merupakan kali ke-2 program ini diadakan dengan melibatkan pengusaha-pengusaha luar dari negeri Sarawak. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar Miri, Encik Lawrence Lai Yew Soh. Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah Negeri Yang Berusaha Encik Sahaimi bin Abd. Manaf.

Promosi Jualan Kraf ini melibatkan 56 usahawan di dalam pelbagai bidang seperti tektil, hasil rimba, seramik, logam dan aneka kraf. Penyertaan usahawan adalah terdiri daripada 32 pengusaha kraf Sarawak, 20 usahawan Koperasi Pembatek Kelantan, 1 orang pengusaha kraf Sabah, 1 orang pengusaha kraf Kuala Lumpur, 2 orang pengusaha kraf Trengganu.

Demonstrasi kraf seperti Tenunan Pua (Loom Inovasi baru), Tenunan Pua (Loom Lama) dan Anyaman Tikar turut dipertunjukkan.

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak menyediakan sudut pameran produk-produk kraf terbaru hasil dari pereka di dalam bidang tektil (batik/tenun), seramik, hasil rimba, logam dan aneka kraf.

Sepanjang promosi dijalankan Lawatan Berpandu, aktiviti Pendidikan dan Interaktif Kraf turut diadakan bagi menarik minat orang awam dan pelajar-pelajar sekolah. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti batik canting, anyaman bakul dan membuat perhiasan daripada manik.

No comments:

Post a Comment