Monday, December 28, 2009

PAMERAN ADIGURU KRAF

Bahagian Pemuliharaan Kraf Cawangan Sarawak akan mengadakan Pameran Adiguru Kraf dan hasil kraftangan pribumi Sarawak bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Ke-30 Sumpah Budayawan Dan Seniman Muda SEDAR Sarawak di Kompleks Dewan Undangan Negeri (Lama) di Petra Jaya Kuching pada 30 - 31 Disember 2009.

Selain daripada pameran kraftangan terdapat juga pameran lain seperti fotografi yang memaparkan Sejarah Sumpah Budayawan,fotografi kegiatan pengiat seni seperti tarian, teater, seni lukis dan jualan kuih-kuih tradisional.

Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pertandingan karaoke, forum dan acara kerohanian sepanjang program ini dijalankan.

Program ini akan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Amar Haji Abang Johari bin Tun Abang haji Openg, Menteri Pembangunan Perumahan Dan Bandar Sarawak dan Majlis Penutupan akan dilakukan oleh Y.B. Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan Dan Pengurusan Sumber II, Menteri Kemudahan Awam.

Thursday, December 24, 2009

PROGRAM PROMOSI FESTIVAL SATOK 2009


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak akan menyertai Promosi Festival Satok 2009 bertempat di Komplek Pelancongan Sarawak pada 25 - 27 Disember 2009 dari jam 0900 pagi hingga 10 malam.

Festival Satok 2009 adalah anjuran Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuchign Utara (DBKU)dan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak. Festival Satok 2009 dijangka akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Seramai 9 orang usahawan kraf tempatan akan terlibat membuat jualan dan pameran pelbagai kraf etnik dan batik daripada Sarawak. KRAFTANGAN MALAYSIA juga akan mengadakan demo dan interaktif batik. Pengunjung yang datang boleh melihat dan mencuba sendiri cara dan bagaimana membuat batik di samping boleh membeli hasil kraftangan tempatan.

Festival Satok 2009 akan turut disertai oleh pelbagai agensi seperti DBKU, Kementerian Pelancongan Sarawak pelbagai usahawan yang akan mengenegahkan hasil produk mereka.

Datanglah beramai-ramai................!!!!!

Monday, December 14, 2009

BENGKEL REKAAN KRAF (Rekabentuk Dan Pengeluaran Produk Anyaman)

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak sedang mengadakan Bengkel Rekaan Kraf (Rekabentuk Dan Pengeluaran Produk Anyaman)selama 5 (lima) hari bermula 12 - 16 Disember 2009 bertempat di Bilik Kuliah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Jalan Stadium, Petra Jaya, Kuching.

Seramai 22 orang peserta bengkel yang terlibat terdiri daripada pereka Bahagian Rekaan Ibu Pejabat, pereka Cawangan dan pengusaha anyaman Trengganu,Sabah, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Bengkel ini akan melihat kreativiti setiap pereka dan usahawan berkongsi idea serta pengalaman di dalam menghasilkan pelbagai rekabentuk daripada produk anyaman.

GAMBAR-GAMBAR HARI KETIGA BENGKEL (14 Disember 2009 - Isnin)
PRODUK YANG TELAH DIHASILKAN

PESERTA-PESERTA YANG SEDANG MENYIAPKAN PRODUK MEREKA